Selasa, 7 Disember 2010

Reban Baru

Inila reban ayam ku yang terbaru...
Reban ke?   hehehe.........

Reban Ayam KU

Reban ni ada sejarahnya tau....
Aku pun tak ingat bila reban ni dibina. Tapi rasanya dah dekat 10tahun kot..
Reban ni dibuat oleh Pak Mat Siah dengan anaknye. Dia ambik upah klu tak silap aku RM350je.
Aku buat reban ni khas untuk ayam serama. Dulu aku adala pelihara ayam serama dlam 10ekor jugak.
Aku pelihara ayam serama ni untuk jual tau...masa tu ayam serama tengah top.
Harga pun mahal oooo....
Pastu aku sibuk dengan keje, ayam pun tak sempat nak layan.....
Last-last tak tinggal baka langsung...Pupussss......

Ayam Kampung Ori Ku

Aku  pun tak tau berapa ekor ayam kampung ori ku yang sebenar. Sebabnya, dah lama aku
tak jaga ayam kampung tu. Makan, tidor dia pun aku tak peduli.
Last-last ayam tu semuanya tido atas pokok, makan pun ikut dan je, macam ayam hutan da.....
Tapi baru-baru ni aku dah dapat tangkap 4ekor. Semua ayam otai-otai oooo....
3ekor induk ibu, 1ekor jantan baka sabung, tapi ayam jantan tu aku rasa bukan aku yang punya, tapi dia dok join dengan ibu ayam aku. Kira aku pinjam dulula...(kira macam pawah. hehehe....).
Setakat ni yang aku tau, ada 2ekor lagi ayam kampung aku yg tak dapat-dapat aku tangkap.
Liar sungguh macam ayam hutan. Yang lain-lain aku ingat dah bercampur dengan ayam jiran-jiran aku.
Nak tangkap kurung, nanti dikatakan aku curi ayam dia pulak. Kira sedekah jela...

Assalamualaikum

aSelamat datang ke blog ayam kampung ku.
Aku buat blog ni untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang ingin berkongsi tentang samada bisnes, minat, hobi atau saje-saje je mengenai ayam kampung..Tak kirala ayam kampung ori ke kacuk. layan jela ek.....
Aku dari kecik  lagi memang sangat kalu bab-bab pelihara ni.
Tapi untuk pengetahuan rakan-rakan, aku lebih awal berkecimpung dalam bidang pertanian. macam-macam aku dah tanam. Ada yang jadi ada yg gagal. Daripada pokok buah'an, sayur'an hinggalah pokok-pokok hiasan.
Aku telah dihidangkan sejak kecil lagi dalam bidang penternakan dan pertanian. Almaklumlah aku dilahir dan dibesarkan di tanah rancangan.
Aku bersyukur pada Allah walaupun aku tak berjaya dalam pelajaran tapi berjaya dalam kerjaya. walaupun jadi kuli orang. Hehehe.....
Impian aku nak jadila jugak sorang penternak yang berjaya, tapi tak tau la agaknya nak menjadi kenyataan. Rasa dah bosan la kerja dengan orang. nak jugak rasa jadi bos. hehehe.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...